Friday, April 11, 2008

PAK LAH...



HooooHAiiii…

Malam nie aku tak tau nak kongsi aper…Cuma masih lagi dalam cetusan suasana politik dimana UMNO BESUT, TERENGGANU nak cadangkan TOK DERIS dari terengganu mantan menteri besar terengganu sebagai calon naib preiden umno yang akan diadakan pemilihannya nanti. Hai, tak dapat menteri besar, naib presiden UMNO pun ok la…bagus, bagus. Sememangnya kepimpinan Dato’ Idris Jusoh dalam memimpin terengganu ke arah kemajuan yang global sememangnya diiktiraf. Pembinnan TTI(TAMAN TAMADUN ISLAM), pembinaan 60 buah masjid baru, penaiktarafan universiti KUSZA->UDM, KUSTEM->UMT, dan bermacam-macam lagi seharusnya membuka mata kepada semua para perwakilan UMNO yang bakal membuat undian siapakah pemimpin seterusnya di kerusi NAIB PRESIDEN UMNO..sama ada masih nakkan ‘MELAYU GLOKAL” atau “TIADA HALANGAN HANYA PELUANG” atau ‘KU LI’..pandai-pandai la membuat pilihan..bak kata orang undi anda menentukan masa depan parti…hmm…

Yang sedang hangat!..Isu desakan perletakan jawatan kepada YAB PM malaysia semakin ketara ketika ini. Apakah yang sedang berlaku??...menurut Pak Lah terdapat desas-desus yang mengatakan Badan Perhubungan Negeri UMNO KEDAH dan PULAU PINANG yang mendesak beliau supaya meletak jawatan berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya baru-baru ini korang boleh tekan pada berita harian untuk laporan penuhnya..hmmm, inilah manusia. Semasa menang menyanjung tinggi then bila kalah melarikan diri terus menuding jari. Meletakkan semua kesalahan dibahu seorang insan yang masih lagi setia memikul tanggunjawab dengan rela membetulkan kesalahan yang telah berlaku sekiranya pilihan raya yang lalu disebabkan dirinya… Wahai manusia, kenanglah diri sendiri. Kalau betul semangat melayu yang diperjuangkan. Kalau betul kita menyanjung HANG JEBAT kenanglah kata-kata beliau “SULTAN ZALIM SULTAN DISANGGAH, SULTAN ADIL SULTAN DISEMBAH!”…cuba renung, bukan sekadar menyanjung..WAHAI UMNO! Fikirkan, adakah Pak Lah berlaku zalim??..adakah Pak Lah memperjuangkan hak sendiri??..adakah Pak Lah merosakkan parti sendiri??..adakah Pak Lah berseorangan bertanding untuk pilihan raya??..untuk kepentingan sendiri??..Korang kalah disebabkan Pak Lah??..siapa yang BERSAMA-SAMA MENTADBIR NEGARA???!!..Pak Lah sorang??..korang??..apa bantuan yang diberikan??..kalau diberi, adat kalah menang kita bersama..bukan berseorangan..sepatutnya sokongan, dorongan dan galakan…kekalahan kita bersama..korang sendiri dah menampakkan perpecahan parti sendiri…TALAM DUA MUKA

Tau..malaslah nak cakap..

Bukan niat aku hendak menunjukkan aku menyokong UMNO@BN tapi yang betul kita perlihatkan dan yang salah kita perjelaskan bukannya taqlid yang membutakan!..lihat saja pada kata-kata Pak Lah bagi menjawab isu-isu ini:

"1. Saya nak pimpin parti bukanlah soal saya nak pimpin parti lama tapi yang penting saya mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihan raya dan saya masih berkedudukan sebagai presiden.

2. Saya perlu laksanakan tugas saya (sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti) dan saya rasa bertanggungjawab untuk pastikan selesaikan masalah masalah yang timbul. Itu yang menjadi perkara utama,”

INI barulah gaya seorang pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang!..ya Pak Lah mandat masih lagi diberikan f=gunakan segala peluang membaiki setiap keterlanjuran dalam mentadbir kerajaan. Tunjukkan semula kemenangan membanggakan menerusi perubahan yang membanggakan..rakyat masih lagi setia bersama. Teruskan kerja, jangan terus dihanyut gelombang yang tidak tentu hala…Pak Lah masih lagi PM kami..

CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG!!!...rakyat yang masih memberi peluang dan harapan..gunakan WARKAH UNTUK PM sebagai melahirkan sokongan anda kepada PM kita unytuk terus mengangkat MALAYSIA NEGARA DIMATA DUNIA!..HIDUP PAK LAH!!

No comments: