Saturday, April 12, 2008

HUKUMAN FAM TERHADAP FAS..SETIMPAL???

vs



Setimpal atau tidak??? Anda sendiri boleh fikirkan..FAM(persatuan bola sepak kebangsaan) telah menghukum FAS(persatuan bola sepak selangor) atas kesalahan 4 pemainnya iaitu indra putra, akmal rizal dan 2 lagi rakannya meninggalkan Klinik bola sepak Ian Rush pada hari terakhir klinik bola sepak itu diadakan. Tindakan pemain atas arahan jurulatih pasukan bola sepak negeri Selangor yang meminta anak buahnya supaya bersedia untuk menghadapi Perak.

Baiklah..itu hanyalah cerita ringkasnya. Cerita sebenar yang aku nak ceritakan sama ada setimpal atau pun tidak hukuman yang dikenakan FAM kepada FAS atas kesalahan yang dilakukan. Hukuman-hukuman yang dikenakan kepada FAS :

1. FAS didenda sebanyak RM20,000

2. FAS dipotong 3 mata dalam liga super

3. Dollah Salleh didenda sebanyak RM10,000(kerana memanggil 4 anak dididiknya)

4. 4 pemain didenda setiap seorang RM1,000

Dari segi hukumannya nampak seakan tidak adil dan tidak setimpal. Mengapa??..kerana ia hanyalah klinik bola sepak yang diadakan oleh Pihak FAM yang dikendalikan oleh Ian Rush. Sepatutnya tidaklah perlu sehingga dollah salleh pun turut didenda sebanyak RM10,000!..sedangkan beliau hanyalahseorang jurulatih yang pastinya perlu mendapatkebenaran pihak pengurusan sekiranya ingin mengambil pemain yang terlibat dengan program FAM. FAM perlu berurusan dengan FAS. Sekiranya pun begitu, mengapa pihak FAS yang membenarkan jugak jurulatihnya memanggil pemain-pemainnya yang terlibat dengan program bola sepak kebangsaan untuk menghadapi PERAK. Yang perlu dihukum adalah FAS sahaja bukannya jurulatih dan pemain kerana sepatutnya pihak pengurusan yang mengambil “cakna” terhadap pemain-pemain yang terlibat dengan program kebangsaan. Sekiranya mereka sudah tahu risiko yang bakal diterima dari lembaga displin FAM. Jurulatih dikenakan sehingga RM10,000 denda iaitu separuh daripada jumlah denda yang dikenakan terhadap pihak pengurusan!!??. Ini suatu penindasan terhadap mana-mana jurulatih. Gaji jurulatih berapa sangat??..dibandingkan dengan pemain…ini suatu yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dibuat oleh seorang jurulatih…

Baik mengenai pemotongan 3 mata dalam liga super..ia tidak perlu sebenarnya kerana kalau lah pemain yang digantung tetapi sesebuah pasukan negeri tetap menurunkan pemain yang sedang digantung, tindakan itu memanglogik. Tetapi, denda udah cukuplah memadai kerana adalah tidak adil kerana mereka pasukan bola sepak selangor ketika itu akan berhadapan dengan salah satu gergasi bola sepak liga super iaitu PERAK. Pasttinya setiap pasukan mengidamkan dapat turun menentang dengan skuad penuh. Pemain pasukan perak tidak pula dipanggil untuk menyertai klinik tersebut. Jadi mereka dapat turun dengan kekuatan penuh untuk menentang SELANGOR. Adalah suatu yang tidak adil sekiranya selangor tidak dapat menurunkan pasukan penuhnya disebabkan pemain-pemain utamanya terlibat dengan program FAM sedangkan PERAK tidak..ini suatu persoalan yang perlu dijawab. Apakah Liga Super pada pandangan FAM tidak wajib untuk pemain kebangsaan sedangkan yang menjadi majikan pemain-pemain kebangsaan 95% dari pasukan negeri mereka???!!..jadi apa pandangan FAM..majikan perlulah didahulukan kerana mereka membayar…bukan dengan harga sedikit. Dan mengenai program tersebut, bukannya mereka tidak pergi tetapi meninggalkan pada sesi terakhir klinik demi membantu majikan. Program-program tersebut pun akan ada berulang sekali bukannya sekali!!.

Jadi pandangan aku, ia sememangnya tidak setimpal dan tidak adil hukuman yang dikenakan FAS. Aku menulis ini bukanlah kerana aku ini penyokong THE RED GIANT tapi atas sebab fikiran kendiri yang aku rasakan perlu difikir dengan mentaliti yang datang dari nurani. Bukankah ini gambaran FAM kita masih ditakuk lama???!!...langsung tidak membantu dalam perkembangan bola sepak negara kita..haha, aku sendiri pun tergelak..adakah ini melahirkan tanda ketidak puas hatian terhadap selangor yang dikuasai oleh pembangkang???..tak tahula.hati manusia ini rambut sama hitam jer…you can see by yourself…dari penyokong mana yang agaknya banyak menguruskan FAM??..hehehe=p…apa-apa pun biarlah kita menjadi pemerhati, sampai bila perkara ini terus menghuni dalam FAM dan juga persatuan-persatuan negeri yang lainnya.

Ya, aku penyokonG pasukan “YOB KEJO YOB”. Daripada tindakan yang dibuat udah tentu menguntungkan pasukan PERAK kerana defisit mata selangor sekarang yang emisahkan untuk tangga kedua dengan perak adalah 1..hmm, tapi pertimbangan daripada nafsu dan sentimen semata-mata tiadak akan kemana kerana yang akhirnya kita akan mengabaikan kesaksamaan dan juga keadilan yang lainnya…

4 comments:

UzaiR Rusli said...

join aku wei
makmal-biodiversiti.blogspot.com

Raja Azrul said...

salam..

Hai..abang ingatkan blog kau dah mati..rupanya masih hidup lagi..hehehehe..

takpelah..erm, pegi PISZA tak? Teringat masa PISZA tahun lepas..best giler!!

Harap2 dpt jumpa korang masa kat UiTM Trg nnt..

Anonymous said...

apa perasaananda bile di kutuk 'natang' di blog ni?

Izzuddin Shah said...

Sila lawati laman blog saya di http://izzuddin-shah.blogspot.com/ Sekian terima kasih.