Thursday, April 10, 2008

Kembalikan kuasa kehakiman: Raja Dr Nazrin










DAULAT TUANKU!..aku rasa bangga kerana masih lagi terdapat insan yang berada disinggahsana tidak dimamah dunia..permintaan baginda pemangku sultan perak RAJA DR. NAZRIN supaya institusi kehakiman dipertingkatkan sepatutnya mencetuskan kesedaran kepada semua pihak supaya mengamibil berat terhadap titah baginda.

Mengapa??..kita melihat sendiri dari sudut pandangan rakyat terdapatnya banyak kes salah laku hakimdan juga institusi kehakiman sebagai satu badan perundangan yang mendaulatkan undang-undang negara..lihat pula melalui kaca mata seorang raja, titah baginda dalam Persidangan Tahunan Majlis Hakim Malaysia, di Putrajaya, "Apa yang mendukacitakan mengenai tanggapan rendah terhadap badan kehakiman kita sekarang ialah ia pernah disanjung tinggi. Penghakiman yang dibuat oleh mahkamah kita pernah menjadi sebutan di negara Komanwel. Hakim kita pernah dihormati kerana keputusan yang bijak dan adil.

"Reputasi sebegitu hanya boleh dikekalkan jika standard tinggi yang diamalkan itu dapat dilaksanakan secara konsisten. Namun, ini tidak berlaku. Dalam tempoh 20 tahun lalu, kebebasan dan integriti badan kehakiman terhakis. Akibatnya, berlaku kehilangan keyakinan terhadap sistem kehakiman.

"Semua ini adalah titik hitam terhadap maruah dan reputasi kita dan ia berpotensi melemahkan malah menghancurkan negara,"
titah baginda.

Inilah masa yang perlu kita renungkan bersama dalam meningkatkan integriti badan kehakiman kita kerana sebagaimana kata baginda Raja Dr. Nazrin “zaman kritikal dalam sejarah negara” sedang kita lalui selagi kita tidak berusaha untuk memperbaikinya.

Aku tertarik dalam komentar baginda Raja Dr.Nazrin dalam titahnya yang merujuk kepada keadaan sekarang yang semakin banyak keputusan mahkamah “dijual dan dibeli” oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak akhir-akhir ini lebih-lebih lagi apabila melibatkan kes berprofil tinggi…haa pasti menyebabkan siapa yang termakan cili dialah yang terasa pedasnya..apa kata baginda…

RAKYAT SEKALIAN RENUNG KATA BAGINDA RAJA DR.NAZRIN DALAM TITAHNYA… "Selagi kuasa kehakiman tidak dikembalikan kepada kepada badan kehakiman seperti juga kuasa eksekutif diberi kepada Yang di-Pertuan Agong dan Kabinet, adalah sukar untuk meyakinkan semua pihak bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang ditadbir mengikut undang-undang,"…

FIKIR WAHAI PARA PEMIMPIN, CENDEKIAWAN, ILMUAN, NEGARAWAN, SASTERAWAN DAN SESIAPA YANG BERJAWATAN..JUGA RAKYAT SEKALIAN..DAULAT TUANKU!!

ps-korang boleh menekan pada berita harian untuk berita penuh.


1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.