Thursday, April 10, 2008

MAJLIS DIALOG BERSAMA AHLI MAJLIS TERTINGGI UDM


Hooo….KENYANGNYA!!!..aku baru balik dari majlis berdialog antara YDP/PRESIDEN kelab, persatuan, kolej kediaman dan fakulti dengan pihak pengurusan tertinggi UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA…terlebih dahulu sebelum aku teruskan bicara, ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak pengurusan tertinggi UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA kerana menganjurkan satu program yang cukup bagus iaitu MAJLIS DIALOG antara pihak pengurusan dengan PRESIDEN/YDP bagi setiap persatuan, kelab, kolej kediaman dan fakulti. Memang baik aku kira majlis sebegini diadakan(yang beznya sebab makan..SEDAP…!)..dengan cara ini pihak pengurusan akan lebih tahu apakah masalah yang sedang dihadapi oleh pelajar dan universiti melalui suara MAHASISWA sendiri…haha

Majlis ini apabila aku lihat adalah sangat baik dari segi merapatkan hubungan antara pihak pengurusan dengan mahasiswa. Semua ahli termasuk NC sendiri turun padang dan melalui maklumat yang aku terima naib caselor@NC sendiri yang mahu mengadakan program ini.TAHNIAH AYAH!(nc udm pada aku dialah ayah)…

Yelah bukan senang nak berdekatan dengan pihak pengurusan, soalan-soalan yang diajukan oleh mahasiswa pada majlis tue semuanya dijawab dengan baik dan aku berpuas hatii..seolah-olah dapat rasakan interaksi antara seorang ayah dan anak sedang berlaku(argh! Rindunya parent)..soalan mengenai isu persatuan, akademik semuanya dijawab Cuma yang aku geram masanya jer yang pendek. Aku pun nak juga tanya soalan sebagai YDP kelab Orator aku untuk kepentingan kelab gak tapi tak dapat…yang pasti aku puas hati apabila setiap soalan yang diajukan oleh YDP lain dijawab dengan baik…SYABAS!

HUUU…tak ada apa yang aku nak “ngomel-ngomel” dalam blog aku tambahan panas pulak malam ini..sampai berpeluh aku..aku nak rehat awal malam ni sebab kekenyangan..haha…esok aku sambung lagi ok!..BYE SALAM!!

No comments: