Thursday, April 10, 2008

CORETAN FINAL PIALANAIB CANSELOR UDM KALI-1

FKI VS FUHA

ALHAMDULILLAH…syukur kepada ALLAH kerana melimpahkan rezeki dan rahmat kepada hambanya yang tak terkira dan tak terhitung…aku mulakan dengan pujian kepada rabbul-alamin kerana masih kini terasa lagi bahang kemenangan yang dirasakan selepas berjatya mengangkat martabat FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM(FKI) dalam pertandingan debat bulan 3 yang lalu,

FKI VS FUHA(FAKUTI PENGAJIAN UNDANG-UNDANG DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA) pada malam bertarikh 22.3.2008 menyaksikan FKI menjadi juara dalam pertandingan debat PIALA NAIB CANSELOR KALI-1 UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA. Dengan usul yang dibawa oleh FUHA selaku kerajaan iaitu “MISI NASIONAL TERAS MALAYSIA TERBILANG” berjaya ditolak. ALHAMDULILLAH..sememangnya aku tak sangka boleh menang!

Korang sendiri boleh bayangkan dengan tajuk seakan berpihak kepada kerajaan,sememangnya mudah untuk FUHA. Tetapi, apabila sudah namanya “BUKU BERTEMU RUAS”..sedikit kesilapan dan kelemahan yang terbuka jika tidak dibetulkan itulah penentu kepada pemenang dala pertandingan perdebatan. Terima kasih kepada KAK MAHANI, KAK ERNIZAH DAN KAK SAKINAH yang terus sama-sama berjuang membawa nama FKI untuk dimartabatkan sebagai salah satu fakulti yang perlu digeruni di UDM. TERIMA KASIH.ARIGATO!

Walaubagai mana pun tak lupa mengucapkan tahniah jugak kepada pasukan FUHA yang memberikan tentangan sengit semasa malam final. Memang best!...tapi biasalah, “RUMAH SUDAH SIAP, PAHAT MASIH LAGI BERBUNYI”..terdapat lagi yang tidak dapat menerima hakikat kekalahan pasukan FUHA..aku noo komen terhadap perkara tersebut. Bak kata pengacara majlis final debat pnc “YANG MANA MENYOKONG, SOKONGLAH IA, YANG MANA MEMBANTAH TERUSKAN MEMBANTAH!”..HAK KORANGLAH NAK SOKONG ATAU NAK BANTAH.hahaaha..jangan kacau hidup aku sudah..

HAHA, pada aku adat kalah menang biasa dalam kehidupan apa yang pasti bila kita menang jangan cuba berbangga diri. Teruskan menjadi seorang yang merendah diri…dan apabila kalah, mari kita muhasabah diri, bukan menuding jari. Inilah masa untuk kita mecari kekuatan kembali. INGAT yang menang tak selalunya menang dan yang kalah tak selalunya kalah..FKI DAN FUHA sememangnya best!

No comments: